fb fb fb fb fb

Piala Emas SSL 2022, skuad pelayaran negara layak ke final di Bahrain

(FOTO FB SSL TEAM MALAYSIA)

KUALA LUMPUR, 18 Julai - Malaysia melayakkan diri ke siri final Piala Emas Liga Pelayar (SSL) di Bahrain.

Pasukan negara berjaya mengesahkan tempat selepas menamatkan perlumbaan terakhir di Switzerland pada Ahad di tempat ketiga.

Menurut kenyataan pasukan SSL Malaysia, pasukan yang digelar 'The Monsoon' itu menjadi skuad kedua daripada kumpulan tujuh, pusingan lima, yang layak ke siri final yang dijadualkan pada November ini selepas pasukan Afrika Selatan.

(FOTO FB SSL TEAM MALAYSIA)

Pada akhir perlumbaan empat hari itu yang bermula Khamis lepas, Malaysia mengumpul 12 mata untuk meraih tempat ketiga.

Afrika Selatan secara rasmi menempah tiket ke Bahrain pada Sabtu selepas mengumpul tiga mata maksimum dalam empat perlumbaan, sekali gus muncul juara bagi Kumpulan tujuh dengan 19 mata.

Pasukan lain yang telah layak antaranya Ukraine, Thailand, Oman, Chile, Portugal, Republik Czech, Slovenia dan Ireland.

Siri final Piala Emas SSL di Bahrain dijadual berlangsung mulai 28 Oktober hingga 20 November 2022.

Media Baharu