fb fb fb fb fb

BAM rancang bawa masuk pakar psikologi, tingkatkan kekuatan mental pemain ketika berdepan tekanan hebat

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) merancang membawa masuk pakar psikologi dalam usaha meningkatkan kekuatan mental pemain negara ketika berdepan tekanan hebat di gelanggang.

Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Dr Tim Jones mengakui kepentingan menambah pakar psikologi dalaman kerana individu terbabit boleh membantu 80 pemain senior serta melengkapkan khidmat pakar daripada Institut Sukan Negara (ISN).

Bagaimanapun, beliau menjelaskan perancangan tersebut perlu mendapat kelulusan bajet daripada pihak berkaitan terlebih dahulu.

Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky menggesa pemain beregu lelaki negara membuang ‘sindrom’ kalah di separuh akhir dan final sesuatu kejohanan.

(Foto fail)

Dalam perkembangan lain, Jones mengesahkan jurulatih perseorangan wanita yang baru, James Chua akan memulakan tugas minggu depan menggantikan Indra Wijaya yang meninggalkan BAM.

BAM juga kini dalam fasa akhir proses pengambilan jurulatih baharu bagi mengisi kekosongan beregu lelaki dan beregu campuran yang sebelum ini digalas Flandy Limpele serta Paulus Firman.

Media Baharu