fb fb fb fb fb

Piala Emas Raja-Raja: Perlis sasar jadi juara

(FOTO RTM)

KANGAR, 17 Oktober- Perlis menyasarkan gelaran juara pada saingan Piala Emas Raja-Raja (PERR) edisi ke-101 yang bakal membuka tirai pada 27 Oktober hadapan.

Pada saingan kali ini, Perlis diletakkan dalam kumpulan C, bersama juara bertahan, Selangor, perak dan musuh tradisi, Kedah.

Keyakinan itu di perkuatkan lagi apabila Perlis turut menggunakan khidmat pengalaman bekas pemain Kedah dan Perlis seperti Azmizi Azmi, Shafizan Hashim dan bekas penjaga gol JDT, Al Hafiz Hamzah sebagai barisan kejurulatihan Perlis.

Pengurus pasukan Perlis, Shahrul Nizam Baharuddin berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan prestasi semasa pasukan yang dilihat banyak menghasilkan keputusan positif dalam siri perlawanan persahabatan sebelum ini.

"Kita sasar untuk menjadi juara kali ini. Kita fokus untuk mara ke suku akhir.

"Kami sudah melakukan persediaan yang cukup rapi bagi kejohanan ini (PERR) tahun ini.Insya-Allah sekiranya diizinkan Allah, kami capai kejuaraan", katanya ketika ditemui RTM selepas ajlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain PEER Perlis 2023, di sini.

rtm
(Pengurus pasukan Perlis, Shahrul Nizam Baharuddin/FOTO RTM)

Media Baharu