fb fb fb fb fb

Piala Emas Raja-Raja: PBMK pertaruh 20 pemain KDA FC cabar kejuaraan

(FOTO FB PBMK)

ALOR SETAR, 23 Oktober -Pasukan Bolasepak Melayu Kedah (PBMK) mempertaruh 20 pemain dari pasukan KDA FC divisyen C dan D bagi membawa cabaran pada kejohanan Piala Emas Raja-Raja yang bermula minggu ini.

Pengurus pasukan, Abdul Ghafar Saad berharap, kehadiran pemain tersebut membawa tuah buat pasukan.

Menurut Abdul Ghafar, rata-rata pemain telah menjalani latihan dibawah kendalian jurulatih profesional, sekali gus memudahkan perancangan pasukan.

Tambahnya, PBMK perlu mengatur strategi sesuai dan mengambil langkah berhati-hati untuk menewaskan juara bertahan iaitu pasukan Selangor.

PBMK sebagai tuan rumah, diundi dalam Kumpulan C bersama Perlis, Selangor dan Perak.

Saingan Kumpulan C akan berlangsung di dua venue perlawanan melibatkan Stadium Mini MPKP Jitra dan Padang MADA, Ampang Jajar.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD