fb fb fb fb fb

Piala Dunia Wanita 2023: Zambia catat kemenangan bertemu Costa Rica

(FOTO AFP)

HAMILTON, 31 Julai -Pasukan Zambia berjaya mencatatkan kemenangan pertama pada kejohanan Piala Dunia kali ini apabila berjaya menewaskan Costa Rica 3-1.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Waikato hari ini, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Zambia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain pertahanan, Lushomo Mweemba pada minit ke-2 perlawanan. Gol berkenaan adalah gol terpantas kejohanan setakat ini.

Sepakan separuh 'voli' oleh Mweemba gagal ditampan oleh penjaga gol Costa Rica, D. Solera bagi memberi gol pendahuluan buat pasukan Afrika itu,

Costa Rica yang tersentak dengan jaringan awal itu kembali mengatur serangan namun ketumpulan barisan penyerang pasukan itu, menyebabkan pasukan tersebut bergelut mencari jaringan.

Zambia yang sesekali mengatur serangan berjaya menggandakan jaringan menerusi ketua pasukan, Barbra Banda yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti padfa minit ke-30 selepas dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pertahanan Costa Rica.

Bersambung ke babak kedua, Costa Rica melancarkan serangan bertali arus bagi memburu gol pertama.

Hasilnya pada minit ke-43, Costa Rica berjaya mendapatkan gol yang didam-idamkan menerusi jaringan pemain sayap kirinya, Daphne Melissa Herrera yang memanfatkan pergelutan di hadapan gol Zambia.

Zambia memadamkan sisa-sisa perjuangan Costa Rica dengan jaringan ketiga pada masa tambahan oleh pemain gantian, Racheal Kundananji bagi menjadikan kedudukan akhir 3-1.

Kemenangan tersebut tidak mengubah keputusan kumpulan C yang menyaksikan Jepun dan Sepanyol mara ke pusingan 16 terbaik.-REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu