fb fb fb fb fb

Aksi persahabatan: Syria dan China uji taring skuad Harimau Malaya

(FOTO FAMTV)

KUALA LUMPUR, 31 Julai - Skuad Harimau Malaya akan terus mengasah kemampuan dengan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 September ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM dalam satu kenyataan mengumumkan, perlawanan pertama menentang Syria akan berlangsung pada 6 September diikuti China pada 9 September.

Kedua-dua perlawanan tersebut akan berlangsung di Chengdu, China.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman memaklumkan, pengesahan bagi kedua-dua perlawanan ini dibuat menerusi penelitian dan perbincangan bersama ketua jurulatih, Kim Pan Gon selepas undian Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Khamis lalu.

Berdasarkan Ranking FIFA terbaharu yang dikemas kini pada 20 Julai lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-136 dunia, sementara Syria di kedudukan ke-94 dunia dan China di kedudukan ke-80 dunia.


(FOTO FAMTV)

Media Baharu