fb fb fb fb fb

Jawatankuasa ad hoc teliti isu, selesai kemelut PAFA

IPOH, 1 Ogos - Jawatankuasa ad hoc yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kemelut dihadapi Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan meneliti beberapa isu utama sebelum mesyuarat agung tahunan (AGM) boleh diadakan.

Ini termasuk status kelayakan ahli gabungan yang layak mengundi serta semakan kehakiman melibatkan persatuan itu.

Pengerusinya Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, perkara tersebut perlu dirujuk dengan terperinci selain perkembangan mengenainya dilaporkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Jelas beliau, pihaknya turut mendapatkan nasihat pegawai undang-undang PJS bagi memastikan segala keputusan yang dibuat adil.

Tambahnya, semua ahli gabungan PAFA diberi tempoh dua bulan bagi menyerahkan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) kepada PJS sebelum mesyuarat agung tahunan dapat diadakan.

PAFA sebelum ini digantung enam bulan susulan kemelut yang melanda persatuan tersebut, berikutan wujud dua kumpulan yang mendakwa sebagai jawatankuasa sah badan induk itu.

(FOTO FAIL)

Media Baharu