fb fb fb fb fb

Klopp bimbang 'trend' perpindahan ke Arab Saudi

(Jurgen Klopp/AFP)

SINGAPURA, 1 Ogos- Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyuarakan kebimbangan dengan tarikh tutup jendela perpindahan liga Arab Saudi yang lebih lewat akan memberi kesan 'buruk' terhadap kelab-kelab Eropah.

Ia susulan perpindahan bekas penyerangnya, Sadio Mane yang menyertai kelab Arab Saudi, Al-Nassr selepas semusim bersama Bayern Munich.

Sejak awal tahun, kelab di negara Timur Tengah itu berbelanja besar unrtuk membawa masuk pemain terkemuka dunia seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan N'Golo Kante.

"Pengaruh Arab Saudi? Kita akan lihat. Saya tidak tahu. Buat masa ini, kelihatan mereka mempunyai pengaruh yang agak besar.

"Saya fikir perkara paling membimbangkan adalah jendela perpindahan di Arab Saudi dibuka selama tiga minggu lebih lama. Jika benar, ia tidak akan membantu situasi di Eropah. Jadi UEFA dan FIFA mesti mencari penyelesaian," katanya menjelang aksi persahabatan pra-musim menentang Bayern Munich di sini.

Isnin lalu, pemain tengah Brazil, Fabinho menjadi pemain Liverpool ketiga yang berpindah ke Arab Saudi bagi menyertai kelab Al-Ittihad menerusi perjanjian sebanyak £40 juta (AS$51 juta) selepas Jordan Henderson ke Al-Ettifaq dan Roberto Firmino (Al-Ahli).

Tarikh tutup jendela perpindahan liga Arab Saudi pada 20 September iaitu tiga minggu selepas jendela perpindahan musim panas Eropah berakhir. -AFP

(Jurgen Klopp/AFP)

Media Baharu