fb fb fb fb fb

Piala Dunia Sepak Takraw: PMS gesa semua negara pamer semangat kesukanan tinggi

16 pemain telah dipilih mewakili Malaysia bagi menyertai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 26 Mei

KUALA LUMPUR, 18 Mei - Piala Dunia Sepak Takraw 2024, bakal membuka tirainya bermula hari ini sehingga 26 Mei ini dengan 21 pasukan sah mengambil bahagian di Stadium Titiwangsa.

Sebanyak 12 negara akan bersaing dalam kategori Premier termasuk wakil negara.

Saingan Divisyen 1 pula melibatkan sembilan negara, yang dibarisi dua negara eropah iaitu Perancis dan Jerman serta 7 negara Asia.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan berharap tiada sebarang isu besar berlaku terutama dari sudut bantahan ketika perlawanan dan pengadilan., Datuk Sumali Reduan berharap tiada sebarang isu besar berlaku terutama dari sudut bantahan ketika perlawanan dan pengadilan.

"Harap-harap tidak ada kntroversi. Kita dah mesyuarat banyak kali dan semalam adalah taklimat hanya tentang challenge sahaja agak lama.. saya rasa lebih 2 hingga ke tiga jam. Kalau ada kontroversi sikit-sikit itu biasa lah.

"Kita akan mengurangkan dari segi kesilapan dan kontroversi pasti mereka dah buat segala-galanya untuk mengelakkan ada isu atau kontroversi semasa perlawanan," katanya kepada RTM.

Saingan berpasukan menjadi acara tumpuan, dengan skuad negaradiundi dalam Kumpulan C bersama Jepun dan Brunei.

Malaysia perlu sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan untuk layak ke suku akhir.

Skuad negara akan memulakan saingan dalam acara regu menentang China, pada pukul 9.30 malam ini.

GRACE AISYAH KEDAYAN