fb fb fb fb fb

49 negara sertai Ironman 2024

Gambar fail Kejohanan Asia Pasifik Ironman/Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 18 Mei - Penganjuran Kejohanan Asia Pasifik Ironman 2024 disifatkan cukup berjaya dengan peningkatan penyertaan dari keseluruhan 49 buah negara.

Menurut Pengarah Serantau Ironman Asia, CG Lim kategori baharu 'Tri Club' turut menjadikan saingan kali ini lebih menarik.

"Bilangan peserta hampir sama dengan tahun-tahun sebelum ini tapi dari segi peserta baru yang datang ke acara ini semakin ramai terutamanya untuk jarak pendek 5150, Sprint dan Ironkids ramai bilangan peserta ke sukan ini Triathlon datang ke sukan di Desaru," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Coast, Khairul Arifin Ibrahim berkata kerjasama akan diteruskan bersama pihak Ironman dalam menjadikan kawasan itu salah satu hab sukan bertaraf antarabangsa.

Secara keseluruhan Edisi ketiga kejohanan Ironman Desaru telah mendapat penyertaan seramai 1250 peserta

GRACE AISYAH KEDAYAN