KUALA LUMPUR, 18 Mei - Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengesahkan seramai 17 atlet telah menempah tiket ke temasya sukan Paralimpik Paris 2024.
Presiden, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin turut menjangka ada pertambahan atlet yang layak ke temasya yang bakal berlangsung pada 28 Ogos hingga 8 September ini.
"Kita menyasarkan dalam 24 atlet, saya rasa akhir pada bulan Mei ini atau awal bulan Jun.
"Kita akan tahu keseluruhan atlet yang terlibat ke Paris pada bulan Jun kerana bulan Jun nanti kami akan berada di Paris untuk senarai akhir siapa yang akan bertandi di Temasya Olimpik Paris," katanya.
Antara sukan yang mempunyai wakil negara adalah berbasikal trek, badminton, boccia, Powerlifting dan renang.
Terdahulu, Datuk Seri Megat D Shahriman mewakili MPM memeterai Memorandum Persefahaman bersama Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia dan Olimpik Khas Malaysia.