fb fb fb fb fb

Piala Dunia Qatar: Southgate umum skuad penuh The Three Lions

(Pemain Leicester, James Maddison tersenarai dalam skuad utama England/REUTERS)

BURTON UPON TRENT, 11 November- Pengurus England, Gareth Southgate memuji James Maddison antara pemain serangan terbaik dalam Liga Perdana selepas pemain tengah Leicester itu disenaraikan dalam skuad Piala Dunia negaranya pada Khamis.

Southgate telah mempertaruhkan kepercayaannya kepada beberapa pemain yang berprestasi yoyo atau kurang cergas dan sebelum ini terlepas pandang Maddison.

Pemain berusia 25 tahun itu hanya mempunyai satu 'cap' senior, pada 2019 sebelum foto kontroversinya di kasino tersebar beberapa hari selepas menarik diri daripada menyertai skuad kebangsaan kerana kecederaan.

Bagaimanapun, daripada pemain yang tersedia untuk bos England itu, hanya Harry Kane yang telah menjaringkan gol dan membantu lebih banyak gol Liga Perdana Inggeris pada 2022 berbanding Maddison.

"Dia layak," kata Southgate. “Kami fikir dia boleh memberi kami sesuatu yang berbeza sedikit daripada pemain penyerang lain yang kami ada.

Duo Manchester City, Kyle Walker dan Kalvin Phillips turut tersenarai walaupun terdapat kebimbangan mengenai kecergasan mereka.

Southgate bagaimanapun mengakui Walker tidak mungkin cergas untuk perlawanan pembukaan England menentang Iran pada 21 November.

Bek kanan itu sedang manjalani pemulihan daripada kecederaan pangkal paha yang dialaminya, manakala Phillips hanya bermain 13 minit musim ini sebelum masuk sebagai pemain gantian ketika City menang 2-0 ke atas Chelsea dalam aksi Piala Liga pada Rabu.

"Kami merasakan itu adalah risiko yang patut diambil," tambah Southgate mengenai pemilihan Phillips.

"Dia bebas daripada kecederaan. Kami sedar dia tidak akan dapat bermain masa penuh, kami perlu membina tahap kecergasannya."

Sementara itu, Kapten Manchester United, Harry Maguire disenaraikan walaupun digugurkan di peringkat kelab.

Ketiadaan bek kanan Chelsea, Reece James bermakna kelemahan pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold telah diabaikan oleh Southgate untuk menjadikan skuad 26 pemain itu.

Dalam pada itu, Conor Gallagher merupakan satu lagi pilihan mengejut di bahagian tengah dengan pemain Southampton James Ward-Prowse diketepikan.

Di bahagian serangan, Callum Wilson dari Newcastle dipilih mendahului Ivan Toney dan Tammy Abraham untuk menjadi pembantu Kane.

England yang diundi dalam Kumpulan B akan turun dalam aski pembukaan berdepan Iran pada 21 November, sebelum menentang Amerika Syarikat dan Wales. - AFP


(Pengurus England, Gareth Southgate semasa pengumuman skuad The Three Lions
ke Piala Dunia / REUTERS)

Skuad penuh The Three Lions:

Penjaga gol: Jordan Pickford (Everton), Nick Pope (Newcastle), Aaron Ramsdale (Arsenal)

Pertahanan: Harry Maguire, Luke Shaw (both Manchester United), Eric Dier (Tottenham), John Stones, Kyle Walker (kedua-duanya Manchester City), Kieran Trippier (Newcastle), Conor Coady (Everton), Ben White (Arsenal), Trent Alexander-Arnold (Liverpool)

Tengah: Jude Bellingham (Borussia Dortmund/GER), Mason Mount, Conor Gallagher (kedua-duanya Chelsea), Declan Rice (West Ham), Jordan Henderson (Liverpool), Kalvin Phillips (Manchester City)

Penyerang: James Maddison (Leicester), Phil Foden, Jack Grealish (both Manchester City), Harry Kane (Tottenham), Bukayo Saka (Arsenal), Raheem Sterling (Chelsea), Callum Wilson (Newcastle), Marcus Rashford (Manchester United)

Media Baharu