fb fb fb fb fb

Ronaldo ketuai Portugal ke Piala Dunia

(Jurulatih Portugal Fernando Santos mengumumkan skuad penuh A Seleção untuk
Piala Dunia FIFA Qatar 2022 / REUTERS)

OEIRAS, 11 November- Cristiano Ronaldo akan mengetuai Portugal ke Piala Dunia selepas Fernando Santos menamakan penyerang veteran itu dalam skuad 26 pemainnya pada Khamis.

Penyerang Manchester United, berusia 37 itu bukan pilihan pertama untuk kelabnya musim ini tetapi akan menjadi sebahagian daripada watak utama dalam skuad kebangsaan untuk memenangi kejohanan itu buat kali pertama dalam sejarah.

Ronaldo, kapten dan penjaring terbanyak sepanjang masa dalam bola sepak antarabangsa lelaki dengan 117 gol, mempunyai ramai rakan sepasukan yang lebih muda dalam skuad, termasuk Joao Felix dari Atletico Madrid dan Rafael Leao dari AC Milan.

“Semua pemain yang saya panggil datang dengan 'dahaga' untuk menang dan menjadikan Portugal juara dunia, termasuk Ronaldo,” kata Santos.

Kejohanan di Qatar bulan ini merupakan penampilan kelima Ronaldo di pentas Piala Dunia setelah mula bermain untuk negaranya dalam setiap edisi kejohanan sejak 2006.

Santos, yang mengetuai Portugal merangkul kejayaan Euro 2016 di Perancis, tidak menyenaraikan pemain tengah Paris Saint-Germain, Renato Sanches, sebaliknya membawa pemain tengah Wolves, Matheus Nunes.

"Apa yang paling penting ialah pemain yang akan pergi ke Piala Dunia," kata Santos.

Santos turut memanggil bek tengah Benfica Antonio Silva, 19 tahun, serta Pepe yang berusia 39 tahun.

Pemain pertahanan Porto itu tidak beraksi sejak 4 Oktober kerana terseliuh tetapi akan dikhabarkan akan pulih sepenuhnya untuk kejohanan di Qatar, yang bermula pada 20 November.

"Saya bertanya kepada jabatan perubatan saya jika ada pemain yang tidak cergas, jawapannya tidak," kata Santos ketika ditanya mengenai Pepe.

Penyerang Liverpool, Diogo Jota pula terlepas aksi bersama skuad kebangsaan kerana kecederaan betis.

Pemain tengah Wolves Joao Moutinho, 36, yang telah mengumpul 'caps' sebanyak 146 kali, turut tidak disenaraikan, begitu juga rakan sepasukannya Goncalo Guedes.

Portugal membuka kempen Piala Dunia dalam Kumpulan H menentang Ghana pada 24 November, sebelum menentang Uruguay pada 28 November dan Korea Selatan pada 2 Disember.

Santos mengkritik masa penganjuran kejohanan itu, Piala Dunia musim sejuk yang pertama, tetapi gembira dengan kekurangan perjalanan yang terlibat dengan semua stadium agak berdekatan.

"Bagusnya kejohanan kali ini adalah dari segi perjalanan pasukan. Saya telah menyertai beberapa Piala Dunia dan perjalanan antara perlawanan adalah sukar.

"Dalam aspek ini, ada kelebihan. Tiada stadium yang lebih daripada 25 minit perjalanan. Kami tidak perlu berjalan-jalan membawa segala-galanya. Ia tidak akan meletihkan kami, permainan berakhir dan kami kembali ke hotel." -AFP


(Cristiano Ronaldo / REUTERS)

Skuad penuh A Seleção:

Penjaga gol: Diogo Costa (Porto), Rui Patricio (Roma/ITA), Jose Sa (Wolverhampton/ENG)

Pertahanan: Diogo Dalot (Manchester United/ENG), Joao Cancelo (Manchester City/ENG), Danilo Pereira (Paris Saint-Germain/FRA), Pepe (Porto), Ruben Dias (Manchester City/ENG), Antonio Silva (Benfica), Nuno Mendes (Paris Saint-Germain/FRA), Raphael Guerreiro (Borussia Dortmund/GER)

Tengah: Ruben Neves (Wolverhampton/ENG), Joao Palhinha (Fulham/ENG), William Carvalho (Real Betis/ESP), Bruno Fernandes (Manchester United/ENG), Vitinha (Paris Saint-Germain/FRA), Otavio (Porto), Joao Mario (Benfica), Matheus Nunes (Wolverhampton/ENG), Bernardo Silva (Manchester City/ENG)

Penyerang: Rafael Leao (AC Milan/ITA), Joao Felix (Atletico Madrid/ESP), Ricardo Horta (Braga), Goncalo Ramos (Benfica), Cristiano Ronaldo (Manchester United/ENG), Andre Silva (RB Leipzig/GER)

Media Baharu