fb fb fb fb fb

Piala Dunia Qatar: Jepun menakjubkan benam Jerman 2-1

(Pemain Jepun meraikan kemenangan mereka ke atas Jerman di Stadium
Antarabangsa Khalifa di Doha pada 23 November 2022 / AFP)

DOHA, 24 November- Jerman dimalukan Jepun apabila tewas 1-2 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E malam tadi.

Pasukan Jerman terdahulu 'menutup mulut mereka untuk gambar pasukan sebelum perlawanan kononnya sebagai protes terhadap keputusan FIFA mengharamkan lilitan bertemakan pelangi.

Skuad kendalian Hansi Flick hadir di Qatar dengan tekanan besar, mahu mengelak dimalukan sekali lagi seperti edisi 2018, apabila gagal melepasi peringkat kumpulan, kali pertama sejak 1938, sekali pun merupakan juara bertahan ketika itu

Namun umpama dejavu, skuad Die Mannschaft kini berdepan tekanan memuncak untuk bagi baki perlawanan menentang satu lagi pasukan pilihan, Sepanyol dan Costa Rica.

Dalam saingan menentang Jepun, Jerman mendahului menerusi sepakan penalti pada separuh masa pertama menerusi Ilkay Gundogan dan sepatutnya boleh mencipta lebih banyak jaringan namun mensia-siakan beberapa peluang terhidang.

Samurai Biru kekal tetap bertahan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian Ritsu Doan pada minit ke-75.

Takuma Asano kemudiannya turut mencetak nama selaku penjaring lapan minit kemudian sekali gus membuatkan stadium gamat dengan sorakan penyokong Jepun.

Keputusan kekal 2-1 sehingga wisel penamat ditiup pengadil.


(Riak wajah kecewa jelas ditunjukkan pemain Jerman selepas kekalahan mereka

dalam aksi bertemu Jepun di Stadium Antarabangsa Khalifa di Doha
pada 23 November 2022 / AFP)


(Pasukan Jerman menutup mulut untuk gambar pasukan sebelum perlawanan kononnya 
sebagai
protes terhadap keputusan FIFA mengharamkan lilitan bertemakan pelangi / AFP)

Media Baharu