fb fb fb fb fb

Adamas siasatan sampel doping berstatus 'Atypical Finding'

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 23 November- Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas sedang melakukan siasatan ke atas 1 sampel doping yang didapati berstatus 'Atypical Finding' yang diambil semasa Sukma ke-20 MSN pada September lalu.

Dalam satu kenyataan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan sebanyak 252 sampel telah diambil semasa temasya itu berlangsung.

251 analisis sampel atlet didapati negatif manakala hanya satu didapati berstatus tersebut.

"Siasatan sedang dijalankan oleh pihak Agensi berkenaan bersama makmal yang bertanggungjawab.

"Keseluruhan sampel urin atlet ini telah dihantar ke Makmal Anti-Doping Doha,Qatar (Anti-Doping Lab Qatar - ADLQ), sebuah makmal yang diiktiraf oleh World Anti-Doping Agency (WADA) bagi tujuan analisis dan penilaian modul Steroidal Passport, Athlete Biological Passport (ABP)," menurut kenyataan itu.

Kesemua sampel telah dikendalikan selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam Peraturan AntiDoping ADAMAS 2021 yang mana hak atlet telah diberi keutamaan semasa pengujian kawalan doping dilaksanakan.


(Adamas siasatan sampel doping berstatus 'Atypical Finding')

Media Baharu