fb fb fb fb fb

Enam beregu negara bakal beraksi di Jelajah Dunia Akhir BWF

(Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik)

KUALA LUMPUR, 23 November - Enam beregu negara disahkan layak untuk beraksi pada Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 7 hingga 11 Disember depan.

Dua beregu lelaki negara berjaya menempatkan diri ke saingan tersebut diketuai juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Turut layak ialah naib juara Terbuka Australia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Bagi saingan beregu wanita pula, cabaran akan digalas juara Terbuka Perancis, Pearly Tan-M Thinaah.

Mereka akan diiringi pasangan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien dalam acara tersebut.

Dua beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut berjaya mengesahkan tempat dalam kejohanan ini.

Sementara itu, tiada pemain perseorangan negara termasuk pemain profesional lelaki, Lee Zii Jia yang menamatkan musim ini di kedudukan kesembilan dengan 57,680 mata.

Sebanyak 24 kejohanan kelayakan berlangsung di seluruh dunia termasuk 19 Jelajah Dunia BWF sebelum kejohanan akhir musim itu berlangsung di Bangkok.

 


(Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah)

 

Media Baharu