fb fb fb fb fb

Bublik ke pusingan kedua Paris Masters

Alexander Bublik / REUTERS

PARIS, 28 Oktober - Alexander Bublik melangkah ke pusingan kedua Paris Masters selepas menewaskan Alexei Popyrin 6-4, 6-3 pada Isnin.

Pertemuan tegang itu berakhir apabila pemain Kazakhstan berkenaan enggan melakukan jabat tangan sejurus tamat perlawanan, menjadikan rekod pertemuan mereka kini terikat 2-2.

Kemenangan tersebut merupakan kemenangan ke-34 Bublik musim ini yang turut menyaksikan beliau meraih empat gelaran jelajah. Pilihan ke-13 itu kini masih berpeluang menamatkan musim dalam kelompok lapan terbaik dunia bagi membolehkannya layak ke ATP Finals buat kali pertama.

Sementara itu, Grigor Dimitrov memulakan semula aksinya di jelajah dengan kemenangan 7-6(5), 6-1 ke atas pemain tuan rumah, Giovanni Mpetshi Perricard. Finalis terdahulu Paris Masters itu tidak beraksi sejak menarik diri pada pusingan ke-16 Wimbledon ketika mendahului dua set akibat sakit dada.

Dalam aksi lain pada Isnin, pilihan ke-10 Karen Khachanov dari Rusia mudah menewaskan pemain kelayakan Ethan Quinn 6-1, 6-1, manakala Zizou Bergs dari Belgium mengatasi wakil Amerika Syarikat, Alex Michelsen 6-3, 2-6, 6-2.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE