fb fb fb fb fb

Denkey bantu Cincinnati jinakkan Columbus Crew

FOTO REUTERS

CINCINNATI, 28 Oktober - Jaringan Kevin Denkey pada minit ke-78 memastikan FC Cincinnati meraih kemenangan 1-0 ke atas Columbus Crew dalam aksi pembukaan Siri Pusingan Pertama Eastern Conference pada Isnin.

Gol itu terhasil selepas Ender Echenique melakukan larian di sebelah kiri sebelum mengumpan kepada Evander yang kemudian memantulkan bola untuk Denkey menyempurnakan peluang.

Cincinnati yang merekodkan 17 kemenangan tipis musim ini, terus mempertahankan kelebihan sehingga tamat permainan.

Columbus Crew hanya mencatat satu percubaan tepat pada babak pertama, manakala penjaga gol mereka, Patrick Schulte melakukan empat penyelamatan bagi menghalang jaringan tambahan tuan rumah.

Aksi kedua siri ini akan berlangsung di Columbus pada Ahad, manakala perlawanan penentuan, jika diperlukan, dijadualkan pada 8 November di Cincinnati.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE