MINNESOTA, 28 Oktober - Minnesota United FC menewaskan Seattle Sounders menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan dalam aksi pembukaan siri playoff Persidangan Barat MLS di St. Paul pada Isnin.
Kelvin Yeboah, Nectarios Triantis dan Joaquin Pereyra menyempurnakan sepakan untuk tuan rumah, manakala dua percubaan pemain Seattle terkena palang dan tiang, selain satu lagi diselamatkan penjaga gol Minnesota, Dayne St. Clair.
Seattle menguasai 64 peratus permainan serta memiliki kelebihan 15-11 percubaan, namun gagal menembusi gawang lawan sepanjang perlawanan.
St. Clair turut cemerlang menafikan percubaan berbahaya Cristian Roldan pada minit ke-54, sebelum menggagalkan peluang Danny Musovski dari jarak dekat pada minit ke-80.
Minnesota juga memiliki peluang terbaik awal permainan melalui larian solo Bongokuhle Hlongwane pada minit kesembilan, namun rembatannya tersasar selepas diasak pertahanan Seattle.-REUTERS