fb fb fb fb fb

Piala Dunia Qatar 2022 dibuka secara rasmi

(Pembukaan Piala Dunia Qatar 2022 berlangsung secara rasmi di Stadium Al Bayt, Al Khor)

AL KHOR, 21 November - Pembukaan Piala Dunia Qatar 2022 berlangsung secara rasmi di Stadium Al Bayt, di sini malam tadi.

Ia bertemakan kebersamaan untuk seluruh umat manusia, melangkaui perbezaan melalui kemanusiaan, rasa hormat dan inklusi.

Inti patinya adalah sukan bola sepak memungkinkan umat manusia untuk bersatu.

Acara pembukaan Piala Dunia 2022 menampilkan persembahan pertunjukan selama 30 minit dengan aksi utama menampilkan lagu Dreamers nyanyian bintang K-Pop, Jung Kook dari BTS yang turut menyemarakkan acara tersebut.


(Acara pembukaan turut diserikan dengan kehadiran maskot Piala Dunia Qatar, La'eeb)

Acara pembukaan turut diserikan dengan kehadiran maskot Piala Dunia Qatar, La'eeb.

Pelakon terkenal, Morgan Freeman turut tampil ke atas pentas dan bercakap tentang penyatuan.

Acara ini turut memberi penghargaan kepada 32 pasukan yang bersaing, tuan rumah Piala Dunia sebelumnya dan sukarelawan acara.

Media Baharu