fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022: RTM kongsi keterujaan bersama rakyat Malaysia

(Antara aktiviti yang diadakan sempena program Layan World Cup@RTM di Angkasapuri,  malam tadi) 

KUALA LUMPUR, 21 November - Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi keterujaan bersama seluruh rakyat Malaysia bagi menyaksikan perlawanan pembukaan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022.

Warga kerja RTM hadir memeriahkan program Layan World Cup@RTM bersempena RTM sebagai Penyiar Berlesen Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang bermula sekitar pukul 10.30 malam tadi di Angkasapuri, di sini.

Hadir sama Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud.

(Antara aktiviti yang diadakan sempena program Layan World Cup@RTM di Angkasapuri, 
malam tadi) 

Antara acara menarik dalam program berkenaan adalah sepak sampai bola kena, foosball serta gerai-gerai makanan.

RTM tampil menyiarkan 41 perlawanan Piala Dunia 2022 iaitu 27 siaran langsung dan 14 siaran tertunda.

Kesemua perlawanan ini boleh ditonton secara percuma di saluran TV2, TV Okey dan Saluran Sukan RTM serta penstriman langsung melalui RTMKlik.

Media Baharu