(Para pemain Ecuador meraikan kemenangan menewaskan pasukan tuan rumah, Qatar 2-0
pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022/ AFP)
AL KHOR, 21 November - Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 menyaksikan tuan rumah, Qatar tewas 0-2 menentang Ecuador di Stadium Al Bayt.
Dalam aksi tersebut kapten pasukan Ecuador, Enner Valencia cemerlang meledak dua gol dalam aksi pertama kumpulan A.
Ecuador seharusnya mendahului seawal minit ketiga namun tandukan Valencia dinafikan menerusi keputusan VAR.
Bagaimanapun keputusan itu langsung tidak menjejaskan rentak permainan skuad kendalian Gustavo Julio Alfaro apabila berjaya membuka jaringan selepas Valencia dijatuhkan pertahanan Saad Al Sheeb dalam kotak penalti.
(Para pemain Ecuador meraikan kemenangan menewaskan pasukan tuan rumah, Qatar 2-0
pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022/ AFP)
Valencia tenang menyudahkan sepakan penalti berkenaan untuk meletakan Ecuador dihadapan pada minit ke-16.
Valencia sekali lagi mengandakan jaringan pada minit ke 31 menerusi tandukan selepas memanfaatkan hantaran silang Angel Preciado.
Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat permainan.
Selepas ini, Qatar dijadual menentang Senegal manakala Equador akan bertemu Belanda.