fb fb fb fb fb

Piala Dunia Kelab: Benfica tewaskan Bayern, juara Kumpulan C

Pemain Benfica, Andreas Schjelderup meraikan jaringan ketika menentang Bayern Munich / AFP

CHARLOTTE, 24 Jun- Kelab dari Portugal, Benfica menewaskan Bayern Munich 1-0 untuk muncul juara Kumpulan C, sekali gus mengesahkan slot ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia Kelab.

Skuad diberi julukan The Eagles itu dijadual berdepan naib juara Kumpulan D, sama ada Chelsea atau kelab dari Tunisia, Esperance.

Manakala Bayern selaku penghuni kedudukan kedua serta tidak pernah tewas kepada Benfica dalam aksi kompetitif bakal menentang kelab dari Brazil, Flamengo.

Terdahulu dalam perlawanan di laman sendiri, Benfica mendahului permainan seawal minit ke-13 menerusi jaringan dilakukan pemain sayap Norway, Andreas Schjelderup.

Kedua-dua pasukan saling mengasak dengan pemain tengah Bayern, Joshua Kimmich hampir-hampir menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, jaringan itu dibatalkan gara-gara Harry Kane berada dalam kedudukan ofsaid.

Kedudukan itu kekal hingga wisel penamat dibunyikan.-AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID