fb fb fb fb fb

Piala Dunia Kelab: Auckland City seri dengan Boca Juniors

Pemain Auckland City meraikan jaringan ketika bertemu Boca Juniors / AFP

NASHVILLE, 24 Jun- Pasukan amatur, Auckland City mencatatkan keputusan terbaik dalam sejarah apabila terikat 1-1 dengan Boca Juniors dalam aksi Piala Dunia Kelab.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan pelawat terlebih dahulu menemui jaringan selepas bola yang terkena tangan penjaga gawang Auckland, Nathan Garrow melantun ke dalam gol.

Meskipun Boca memperoleh 41 percubaan, namun pasukan yang berpangkalan di New Zealand itu terus bertahan, sehingga menemui jaringan pada minit ke-52 menerusi tandukan Christian Grey.

Sementara itu, Grey yang merupakan seorang menyifatkan dia sukar mempercayai dapat menjaringkan gol.

"Kami mempunyai keputusan yang sukar tetapi saya gembira untuk pasukan dan kami rasa kami berhak mendapatkannya.

"Kami adalah sukarelawan. Kami tidak bermain untuk duit. Saya hanya gembira jika semua orang gembira," katanya.

Dalam perlawanan pertama kempen Piala Dunia Kelab, Auckland City dibelasah 0-10 dengan gergasi Jerman, Bayern Munich sebelum ditewaskan Benfica, 6-0.-AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID