fb fb fb fb fb

Piala Dunia Kelab: Al-Ain bangkit tewaskan Wydad

Foto REUTERS

WASHINGTON, 27 Jun- Wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain menamatkan kempen Piala Dunia Kelab dengan penuh bergaya apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas Wydad Casablanca dalam aksi Kumpulan G pada Khamis meskipun kedua-dua pasukan sudah tersingkir lebih awal daripada kejohanan berkenaan.

Juara Liga Juara Asia 2024 itu bangkit daripada ketinggalan seawal minit ke-4 selepas Wydad membuka jaringan menerusi penyerang Afrika Selatan, Cassius Mailula.

Al-Ain menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama menerusi sepakan penalti pemain Togo, Kodjo Laba, sebelum pemain antarabangsa Paraguay, Kaku meledak gol kemenangan lima minit selepas separuh masa kedua bermula.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan, Manchester City menundukkan Juventus 5-2 sekali gus mengungguli carta Kumpulan G.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD