fb fb fb fb fb

Taylor Fritz mara ke separuh akhir Eastbourne selepas menang dua perlawanan

Taylor Fritz/ REUTERS

EASTBOURNE, 27 Jun- Pilihan utama dan juara tiga kali Kejohanan Eastbourne, Taylor Fritz, menempah tempat ke separuh akhir selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam tempoh sehari.

Fritz terlebih dahulu menewaskan pemain muda Brazil, Joao Fonseca, 6-3, 6-7 (5), 7-5 dalam aksi pembukaan yang tertunda sebelum kembali ke gelanggang untuk menundukkan rakan senegara dari Amerika Syarikat, Marcos Giron, 7-5, 4-6, 7-5 dalam perlawanan suku akhir.

Fritz akan berdepan pilihan keenam dari Sepanyol, Alejandro Davidovich Fokina, yang sebelum itu menyingkirkan pilihan ketiga, Jakub Mensik dari Republik Czech, dengan kemenangan 6-4, 7-5.

Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan pilihan keempat dari Perancis, Ugo Humbert, menentang pemain bukan pilihan dari Amerika Syarikat, Jenson Brooksby. Kedua-dua pemain mengecewakan penyokong tuan rumah apabila masing-masing menewaskan Billy Harris dan Daniel Evans.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI