fb fb fb fb fb

Manchester City benam Juventus 5-2

Perlawanan antara Manchester City dan Juventus/ REUTERS

MIAMI, 27 Jun- Manchester City terus pamer status sebagai pencabar utama kejuaraan Piala Dunia Kelab apabila menewaskan Juventus 5-2 dalam perlawanan terakhir Kumpulan G, sekali gus menamatkan peringkat kumpulan dengan tiga kemenangan bersih.

Skuad bimbingan Pep Guardiola mempamerkan keampuhan serangan dan permainan berkualiti, sambil mendedahkan kelemahan ketara di barisan pertahanan kelab Serie A itu.

Kemenangan tersebut menyaksikan City mendahului kumpulan dengan kelebihan tiga mata di hadapan Juventus, yang akan bertemu juara Kumpulan H pada pusingan 16 terakhir.

Sementara itu, Real Madrid berpeluang menjuarai Kumpulan H jika mencatat kemenangan ke atas RB Salzburg.

RB Salzburg dan Al-Hilal masih berpeluang untuk merebut tempat ke pusingan seterusnya.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI