fb fb fb fb fb

Piala Dunia Qatar: Maghribi, Croatia mara ke pusingan 16 terbaik

Foto REUTERS

 (Peminat Maghribi meraikannya di Souq Waqif selepas perlawanan Kanada lwn Maghribi
apabila Maghribi layak ke peringkat kalah mati/REUTERS)

DOHA, 2 Disember- Maghribi mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Kanada 2-1.

Turut layak, pasukan Croatia yang berjaya mengikat Belgium dengan keputusan seri tanpa jaringan. Maghribi mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama sejak 1986.


(Jurulatih Maghribi Walid Regragui meraikannya selepas perlawanan ketika
Maghribi layak ke peringkat kalah mati / Foto REUTERS)

Lebih manis, kemenangan di Stadium Al Thumama itu membolehkan anak buah Walid Regragui muncul juara kumpulan F dengan 7 mata.

Pemain Chelsea, Hakim Ziyech meledak gol pendahuluan buat Maghribi seawal minit ke-4 hasil kesilapan penjaga gol, Milan Borjan di depan pintu gol.

Youssef En-Nesyri kemudian menggandakan kelebihan apabila menyudahkan hantaran jauh Achraf Hakimi pada minit ke-24.

Gol tunggal Kanada pula diperoleh hasil jaringan sendiri pertahanan Maghribi, Nayef Aguerd pada minit ke-40.

Sementara itu naib juara Piala Dunia 2018, Croatia turut mara ke pusingan 16 terakhir edisi kali ini selepas seri 0-0 menentang Belgium di stadium Ahmad bin Ali.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Zlatko Dalic layak sebagai naib juara Kumpulan F.

Kedua-dua pasukan gagal melakukan percubaan tepat sepanjang babak pertama.

Tindakan Belgium membawa masuk penyerang, Romelu Lukaku selepas rehat juga tidak menjadi apabila gagal menyempurnakan tiga peluang terbuka di depan pintu gol lawan.

Croatia turut memiliki beberapa peluang dibabak kedua tetapi dinafikan penjaga gol, Thibaut Courtois.

Croatia menamatkan aksi kumpulan di tangga kedua dengan 5 mata, 1 mata mengatasi Belgium di kedudukan ketiga. -REUTERS

Media Baharu