fb fb fb fb fb

Jepun mengejutkan Sepanyol kedua-dua mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia

Foto REUTERS

(Maya Yoshida dari Jepun meraikan rakan sepasukan selepas perlawanan
ketika Jepun layak ke peringkat kalah mati/REUTERS)

DOHA, 2 Disember- Jepun sekali lagi mencipta kejutan apabila menumpaskan Sepanyol 2-1 di Stadium Antarabangsan Khalifa.

Sepanyol bagaimanapun menguasai babak pertama menerusi jaringan Alvaro Morata pada minit ke-11.


(Takuma Asano dari Jepun meraikan kelayakan ke peringkat kalah mati/REUTERS)

Kebangkitan skuad Samurai Biru bermula selepas rehat dengan dua gol pantas.

Kemasukan pemain gantian, Ritsu Doan nyata berhasil apabila rembatan jarak jauhnya menewaskan penjaga gol, Unai Simón untuk gol penyamaan pada minit ke-48.

Tiga minit kemudian, Ao Tanaka menggandakan kelebihan pasukannya menerusi jaringan yang terpaksa dirujuk kepada Video Bantuan Pengadil (VAR) sebelum disahkan pengadil.

Jepun mara ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan E selepas mengutip 6 mata dan akan bertemu Croatia.

Sepanyol pula berkongsi 4 mata dengan Jerman, namun tetap layak berdasarkan perbezaan jaringan dan akan bertemu Magribi di pusingan seterusnya.-AFP

Media Baharu