fb fb fb fb fb

Malaysia antara 3 negara baharu tuan rumah Jelajah Dunia BWF Super 100

Foto fail

KUALA LUMPUR, 2 Disember- Malaysia merupakan antara tiga negara baharu yang disenaraikan sebagai tuan rumah bagi acara Jelajah Dunia BWF Super 100 bagi tahun 2023 dan 2024.

BWF dalam kenyataannya memaklumkan, kejohanan yang dikenali sebagai Malaysia Super 100 itu akan diadakan pada 31 Oktober hingga 5 November tahun depan dan 15 hingga 20 Oktober 2024.


(Foto fail)

Selain Malaysia, turut disenaraikan adalam Taiwan dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

BWF memberitahu, anggota tuan rumah boleh mengadakan sehingga enam kejohanan setiap tahun termasuk maksimum dua kejohanan Super 100.

Sebelum itu, Indonesia dan India akan mengadakan dua kejohanan berstatus tersebut manakala Kejohanan Super 100 yang lain akan berlangsung di China dan Vietnam.

Mata ranking yang diperoleh pada kejohanan Super 100 ini akan menentukan kelayakan bagi Jelajah Dunia Akhir BWF, selain kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Penyenaraian acara Malaysia Super 100 itu menyaksikan negara kini mempunyai tiga kejohanan Jelajah Dunia BWF selepas Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.

Media Baharu