fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2026: AS sedia pindah lokasi perlawanan tidak selamat

Foto hiasan / AFP

WASHINGTON, 26 September - Amerika Syarikat (AS) bersedia memindahkan lokasi perlawanan bola sepak Piala Dunia 2026 dari bandar-bandar yang mempunyai risiko keselamatan.

Komitmen itu dinyatakan Presiden AS, Donald Trump.

Menurutnya, walaupun yakin kejohanan akan berlangsung dalam keadaan selamat, beliau tidak teragak-agak untuk memindahkan lokasi perlawanan, walaupun dianggap hanya berisiko ringan.

Bandar terlibat adalah Los Angeles, San Francisco and Seattle.

"Ia akan selamat untuk penganjuran Piala Dunia.

"Tetapi jika saya fikir sebaliknya (tidak selamat), kami akan memindahkannya ke bandar lain," katanya kepada pemberita.

Dilaporkan, AS akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia tahun depan bersama Mexico dan Kanada, namun dijadual menjadi tuan rumah sebahagian besar perlawanan.

Setakat ini, ia melibatkan 48 pasukan.

San Francisco dan Seattle masing-masing akan menganjurkan enam perlawanan, manakala lapan aksi diadakan di Los Angeles.

Terdahulu, pentadbiran Trump mengerahkan tentera pengawal ke bandar-bandar AS yang dikendalikan Demokrat tahun ini atas bantahan pemimpin tempatan dan negeri. -AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID