fb fb fb fb fb

Laluan berbukit cabaran utama - Pogacar

Tadej Pogacar / AFP

KIGALI, 26 September - Kelembapan dan altitud laluan panjang dan berbukit menjadi cabaran utama dalam Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Dunia di Kigali, minggu ini.

Perkara itu diakui juara bertahan Tour de France 2025, Tadej Pogacar.

"Laluan di sini agak tinggi dan kamu boleh merasakannya. Kualiti udara di bandar ini juga bukanlah yang terbaik.

"Kamu dapat rasakan perbezaannya," kata pelumba berusia 27 tahun dari Slovenia itu.

Pogacar mengakui kekalahan dalam ujian masa di Rwanda terhadap Remco Evenepoel tidak akan melemahkan semangatnya menjelang acara lebuh raya nanti.

Ketika itu dia dipintas Evenepoel dalam perlumbaan sejauh 42 kilometer (km).

"Saya tidak mendapat rentak. Tetapi tiada isu mengenainya dan saya sudah bersedia," katanya.

Evenepoel merupakan pilihan utama lelaki menjelang perlumbaan sejauh 267.5 km dan melibatkan 33 pendakian Ahad ini, manakala Pauline Ferrand-Prevot dalam kategori wanita. -AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID