fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022: Wenger bidas pasukan yang lebih 'sibuk hal lain' selain bermain bola sepak

(Arsene Wenger)

DOHA, 5 Disember- Arsene Wenger, Ketua Pembangunan Bola Sepak FIFA, memuji pasukan yang berjaya melangkah jauh dalam aksi Piala Dunia kali ini adalah mereka yang 'fokus' dengan perlawanan di atas padang dan bukannya melibatkan diri dengan kontroversi yang menyelubungi tuan rumah Qatar.

Antara yang paling ketara terlalu 'sibuk' dengan 'demonstrasi politik', adalah Jerman.

Skuad kendalian Hansi Flick itu menutup mulut mereka sebelum perlawanan pembukaan sebagai protes terhadap larangan memakai lilitan bertemakan pelangi bagi menyokong hak LGBTQ.

Juara dunia empat kali itu kemudiannya tersingkir pada halangan pertama.

"Pasukan (yang bermain dengan baik) yang bersedia dari segi mental, mempunyai pemikiran untuk memberi tumpuan kepada pertandingan dan bukan pada demonstrasi politik," kata Wenger.

Piala Dunia Qatar telah dibayangi oleh beberapa kontroversi sama ada di dalam dan di luar padang, terutamanya mengenai hak gay.

Homoseksualiti adalah haram di Qatar.

Kapten Jerman Manuel Neuer adalah antara ketua pasukan yang telah merancang untuk memakai lilitan bertemakan pelangi bagi mempromosikan 'kepelbagaian', tetapi akur selepas FIFA mengancam akan menggantung pasukan mereka. -AFP


(Pasukan Jerman menutup mulut mereka sebelum perlawanan pembukaan sebagai protes terhadap
larangan memakai lilitan bertemakan pelangi bagi menyokong hak LGBTQ / IHSAN FIFA)

Media Baharu