(Neymar kembali menjalani latihan bersama pasukan di
Stadium Al Arabi SC pada Ahad / IHSAN FIFA)
DOHA, 5 Disember- Neymar mungkin kembali bergabung bersama rakan-rakannya dalam aksi menentang Korea Selatan, awal pagi Selasa, dalam misi untuk dinobatkan sebagai juara buat kali keenam.
Penyerang superstar Neymar tidak diturunkan sejak terseliuh pada perlawanan pembukaan Kumpulan G ketika pasukannya menentang Serbia dan para penyokong bimbang kecederaannya itu akan mengganggu prestasi pasukan.
Jurulatih Tite berkata Neymar akan dinilai dalam sesi latihan pra-perlawanan terakhir Brazil, hari ini tetapi memberi petunjuk penyerang Paris Saint-Germain itu boleh diturunkan.
"Dia akan berlatih petang ini dan jika dia OK, dia akan bermain esok," kata Tite kepada pemberita.
Kehadiran Neymar dalam pasukan akan menjadi motivasi besar kepada rakan-rakannya yang lain kerana Brazil hanya menjaringkan satu gol sejak pemain berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan buku lali dan lebih parah, A Selecao kehilangan penyerang Arsenal Gabriel Jesus untuk baki aksi Piala Dunia juga kerana kecederaan. -AFP
(Neymar kembali menjalani latihan bersama pasukan di
Stadium Al Arabi SC pada Ahad/IHSAN FIFA)