fb fb fb fb fb

Sterling pulang ke UK, perlu masa bersama keluarga - Southgate

(Raheem Sterling / FOTO IHSAN FIFA)

LONDON, 5 Disember- Raheem Sterling akan meninggalkan kempen Piala Dunia England kerana perlu pulang ke pangkuan keluarganya atas alasan peribadi.

Kepulangan Sterling menimbulkan keraguan adakah pemain tengah itu akan kembali tepat pada masanya untuk suku akhir menentang Perancis Sabtu ini.

Persatuan Bola Sepak Inggeris mengesahkan penyerang Chelsea itu diketepikan ketika England mencatat kemenangan 3-0 ke atas Senegal kerana perlu meyelesaikan "masalah keluarga".

Sementara itu, menurut laporan media British, rumah Sterling dipecah masuk oleh penceroboh bersenjata ketika keluarganya berada di dalam kediaman itu pada malam Sabtu.

"Pada masa ini jelas keutamaannya adalah untuk dia bersama keluarganya. Kami akan menyokongnya dan membiarkan dia mempunyai masa sebanyak yang dia perlukan," kata pengurus England, Gareth Southgate.

“Pada masa ini dia perlukan masa bersama keluarga dan saya tidak mahu meletakkan dia di bawah sebarang tekanan.

"Kadangkala bola sepak bukanlah perkara yang paling penting dan keluarga harus didahulukan."

Sterling telah menjadi pemain tonggak untuk England sepanjang enam tahun Southgate mengendali pasukan.

Pemain berusia 27 tahun itu mempunyai 20 gol dalam 81 penampilan untuk negaranya, termasuk satu gol di Piala Dunia 2022 dalam kemenangan 6-2 ke atas Iran.

Bagaimanapun, Sterling mungkin sudah tersisih daripada kesebelasan utama Southgate untuk pusingan lapan terakhir walaupun dia kembali ke Qatar kelak.

Apalagi, Bukayo Saka, Marcus Rashford dan Phil Foden telah mempamerkan aksi cemerlangnya setakat ini.

“Ia tidak menjejaskan pemilihan pasukan,” kata Southgate. “Saya banyak menghabiskan masa dengan Raheem pagi ini.

"Kami sedar ruang privasinya perlu dihormati. Dia akan pulang ke England". -AFP


(Raheem Sterling / FOTO IHSAN FIFA)

Media Baharu