fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022: Scaloni optimis Di Maria dan De Paul pulih menjelang perlawanan suku akhir

(FOTO IHSAN FIFA)

DOHA, 9 Disember-Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni optimis kedua-dua pemain utama pasukan itu Angel De Maria dan Rodrigo De Paul sempat pulih menjelang perlawanan suku akhir menentang skuad Belanda.

Ketiadaan De Maria ketika menentang Australia dan kecergasan De Paul yang merosot kerana keletihan membelenggu skuad Argentina ketika ini.


(Pertembungan dua jurulatih, Louis Van Gaal (kiri) dan Lionel Scaloni (kanan)/ Foto ihsan FIFA)


"Keadaan mereka berdua sangat baik, kita akan melihat perkembangan dari sesi latihan hari ini bagi mengetahui adakah mereka bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama nanti", kata Scaloni.

Jurulatih tersebut menolak laporan yang mendakwa De Paul yang sedang dirawat kerana mengalami kecederaan hamstring.

" Hari ini kami akan membuat keputusan berkaitan kaedah permainan yang akan diterapkan ketika menentang Belanda nanti. Itu adalah perkara palin penting buat pasukan, katanya kepada media.

Argentina bakal bertemu Belanda jumaat ini mengulangi aksi pertemuan separuh akhir 2014 di Brazil.

Pada kejohanan tersebut, skuad Amerika Selatan itu berjaya menewaskan Belanda melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0.-AFP

Media Baharu