fb fb fb fb fb

Ragbi Asia B-19: Malaysia sasar menang satu perlawanan

(FOTO RTM)

GOMBAK, 9 Disember-Ketua Jurulatih Ragbi lelaki bawah 19 tahun Malaysia, Mohd Irwan Abdol secara peribadi menyasarkan untuk menang satu perlawanan daripada dua perlawanan membabitkan pasukan Hong Kong dan Taiwan pada Kejohanan Ragbi Asia Lelaki Bawah 19 tahun yang berlangsung dari 12 hingga 18 Disember ini.

Jelas Mohd Irwan meski hanya sebulan diperuntukkan untuk mempersiapkan pasukan, dia yakin anak buahnya mampu membawa cabaran negara.


(Ketua jurulatih Ragbi Lelaki Bawah 19 tahun, Mohd Irwan Abdol/ Foto RTM)

"Secara peribadi kami akan buat yang terbaik di kejohanan ini memandangkan ini adalah kali pertama Malaysia bertanding di peringkat Primier, sekurang-kurangnya kita menyasarkan menang satu perlawanan daripada dua perlawanan",katanya ketika ditemui media.

Sementara itu, pengurus pasukan Mohd Khairulnizam memuji semangat juang pemain yang dibentuk daripada Program Pembangunan Ragbi Negara NRDP, Kementerian Pendidikan dan Program pembangunan ragbi negeri.

"Hari ini fasa akhir pemilihan untuk kita cukupkan seramai 30 orang dan nampaknya semangat mereka untuk bertemu dengan Hong Kong pada "game" pertama tu amat tinggi", katanya.

Skuad negara akan membuka tirai perlawanan menentang Hong Kong pada 12 Disember di Padang Astaka, Petaling Jaya. Selepas ituĀ akan berdepan Taiwan pada 15 Disember.

Media Baharu