fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022: Argentina jumpa Croatia saingan separuh akhir

(FOTO IHSAN FIFA)

DOHA, 10 Disember- Argentina menewaskan Belanda menerusi penentuan penalti untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala Dunia, sebentar tadi.

Pada aksi suku akhir yang mencetuskan drama di Stadum Lusail itu, permainan terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat masa tambahan.

Pemain gantian Belanda, Wout Weghorst meledak dua gol pada lewat permainan termasuk gol pada masa kecederaan selepas Argentina mendahului 2-0 menerusi jaringan Nahuel Molina dan penalti Lionel Messi.

Penjaga gol, Emiliano Martinez muncul wira Argentina apabila menyelamatkan dua sepakan lawan untuk pasukan itu melakar kemenangan 4-3.

Kemenangan tersebut menyaksikan Argentina akan membuat perhitungan menentang Croatia pada peringkat separuh akhir.

Terdahulu, Croatia mara selepas menyingkirkan juara lima kali, Brazil juga menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan dalam satu lagi aksi suku akhir yang berlangsung sebelum itu. -AFP


(FOTO IHSAN FIFA)

Media Baharu