fb fb fb fb fb

Kewarganegaraan tujuh pemain warisan diberi ikut lunas undang-undang - KDN

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA, 30 September- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menekankan pemberian kewarganegaraan kepada tujuh pemain warisan telah dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata setiap langkah yang diambil oleh KDN dilakukan secara berhemah dan menyeluruh oleh pihak bertanggungjawab, selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan.

"Apakah ukuran yang betul bagi sesuatu perkara? Adakah ia mengikut Perlembagaan Persekutuan? Jika ya, maka kita perlu ikut. Jika ada akta atau undang-undang yang berkaitan, kita harus ikut.

Contohnya, Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kelahiran. Kita perlu lihat semua aspek secara menyeluruh," kata Datuk Seri Saifuddin ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulan September, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan BolaSepak Antarabangsa (FIFA) kerana didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.

Menurut kenyataan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), FAM didapati menyerahkan dokumen yang dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan pemain, membolehkan mereka diturunkan dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lepas.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM