fb fb fb fb fb

Piala Davis: Itali rangkul kejuaraan ketiga berturut-turut

Foto REUTERS

BOLOGNA, 24 November – Itali mencipta sejarah apabila merangkul kejuaraan Piala Davis buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Sepanyol 2-0 dalam aksi perlawanan akhir.

Matteo Berrettini membuka tirai kemenangan dengan menundukkan Pablo Carreno Busta 6-3, 6-4, sebelum Flavio Cobolli bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengatasi Jaume Munar 1-6, 7-6(5), 7-5, sekali gus memastikan gelaran menjadi milik skuad kendalian Filippo Volandri.

2411 SKN LNR ITA TENNIS DAVISCUP 2Foto REUTERS

Kemenangan tersebut menambah koleksi kejuaraan Piala Davis Itali kepada empat, selepas kejayaan pada edisi 1976, 2023 dan 2024. Ia juga menjadikan Itali pasukan pertama meraih tiga gelaran berturut-turut sejak format Challenge Round dimansuhkan pada 1971.

Kedua-dua pasukan beraksi tanpa tonggak utama, dengan Sepanyol kehilangan Carlos Alcaraz manakala Itali tidak diperkuat Jannik Sinner dan Lorenzo Musetti. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN