fb fb fb fb fb

Gol tendangan terbalik Ronaldo bawa Al Nassr raih kemenangan selesa

Foto AFP

RIYADH, 24 November – Cristiano Ronaldo mencuri perhatian apabila menjaringkan gol menerusi tendangan terbalik untuk membantu Al Nassr menundukkan Al Khaleej 4-1 dalam aksi Liga Pro Arab Saudi, pada Ahad.

Al Nassr sudah mendahului 3-1 sebelum Nawaf Al-Boushal menghantar hantaran lintang tinggi yang disambut Ronaldo dengan tendangan hebat untuk gol penutup pasukan tuan rumah.

Sebelum itu, gol Joao Felix yang dijaringkan dibatalkan, namun pemain antarabangsa Portugal itu akhirnya membuka kedudukan pada minit ke-39. Tiga minit kemudian, Felix menghantar bola kepada Wesely yang pantas menggandakan kelebihan Al Nassr.

2411 SKN LNR RONALDO BICYCLE KICK 2Foto AFP

Al Khaleej cuba bangkit pada awal babak kedua apabila pemain tengah mereka, Murad Al-Hawsai, menjaringkan gol pada minit ke-47.

Ali Al-Hassan cuba menambah gol, tetapi percubaannya terkena defleksi penjaga gol sebelum Nawaf Al-Boushal bekerjasama dengan Sadio Mane menanduk bola muntah untuk gol ketiga, menjadikan kedudukan 3-1 dengan kurang daripada 15 minit berbaki.

Gol tendangan salto Ronaldo itu hadir pada minit ke-96 bagi mengesahkan kemenangan selesa 4-1.

Dengan kemenangan itu, Al Nassr terus mendahului carta Liga Pro Arab Saudi dengan 27 mata daripada sembilan perlawanan, empat mata di hadapan Al Hilal di tempat kedua manakala Al Taawoun berada di tempat ketiga dengan 22 mata. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN