fb fb fb fb fb

Piala Asia, Kim Pan Gon gembira dengan pemilihan pemain

Foto FB FAM

KUALA LUMPUR, 26 Disember- Pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon gembira dengan pemilihan pemain bagi menghadapi saingan Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan.

Menurut Pan Gon, beliau sangat berpuas hati kerana berjaya mengumpulkan semua pemain yang diinginkan dalam menghadapi kejohanan berprestij yang dijadualkan pada 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

Tambahnya, skuad Harimau Malaya kali ini lebih seimbang dengan gandingan pemain muda, senior dan beberapa pemain berpengalaman. 

Sementara itu, Pan Gon berkata sebanyak 24 pemain melaporkan diri pada hari pertama kem latihan pusat.

Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piasa Asia secara merit, akan menentang Jordan dalam aksi pembukaan Kumpulan E pada 15 Januari.

Kemudian, menentang Bahrain pada 20 Januari dan juara dua kali yang juga pasukan pilihan, Korea Selatan pada 25 Januari.

Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Doha pada 1 Januari dan akan menentang Syria bagi aksi pemanas badan pada 8 Januari.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM