BEIJING, 26 Disember- Atlet renang China, Sun Yang bakal berputih mata untuk menyertai Sukan Olimpik 2024 di Paris selepas tidak melepasi kriteria yang ditetapkan oleh Persatuan Renang China.
Kenyataan yang dikeluarkan badan induk itu memaklumkan, barisan atlet renang yang akan mewakili China ke Sukan Olimpik Paris itu harus bersaing pada Kejohanan Akuatik Dunia edisi 2023 dan 2024.
Keputusan itu sekali gus menutup peluang Yang kerana bekas pemenang enam pingat emas Sukan Olimpik itu masih menjalani penggantungan ekoran kes doping sehingga Mei depan.
Yang, 32 tahun, telah digantung selama lapan tahun oleh Agensi Doping Antarabangsa (WADA) pada 2020 sebelum hukuman tersebut dikurangkan sehingga Mei 2024 selepas rayuan.
Beliau masih menaruh harapan yang tinggi untuk beraksi secara kompetitif sekali gus membuat kemunculan buat kali keempat di arena Olimpik.-AFP