TURIN, 15 November - Pemain tenis Kanada, Felix Auger-Aliassime berjaya melangkah ke saingan separuh akhir ATP Final selepas menewaskan Alexander Zverev dalam aksi round-robin kejohanan.
Dalam aksi tersebut Auger-Aliassime menang dengan keputusan 6-4, 7-6(4) menewaskan Zverev yang juga pemenang dua kali kejohanan berkenaan.
Pada aksi separuh akhir nanti, Auger-Aliassime dijadual menentang pemain No.1 dunia, Carlos Alcaraz bagi merebut slot ke saingan akhir kejohanan.
Terdahulu, Alcaraz mara ke saingan separuh akhir selepas menewaskan Lorenzo Musetti dari Itali dengan keputusan 6-4, 6-1 di saingan round-robin.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan tumpuan menyaksikan Jannik Sinner dari Itali turut mara ke saingan separuh akhir selepas menewaskan Ben Shelton dari Amerika Syarikat dengan keputusan 6-3, 7-6(3).
Sinner dijadual menentang Alex de Minaur dari Australia pada aksi separuh akhir. - REUTERS