fb fb fb fb fb

Piala Asia: Jepun perlu berdepan sebarang kemungkinan-Moriyasu

Ketua Jurulatih Jepun, Hajimie Moriyasu/FOTO AFP

TOKYO, 7 Disember - Jepun perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berhasrat memenangi Piala Asia buat kali kelima, kata Ketua Jurulatih, Hajime Moriyasu pada Khamis.

Pasukan Jepun dianggap sebagai salah satu pasukan pilihan pada kejohanan Piala Asia yang bakal diadakan di Qatar bermula 12 Januari depan selepas berjaya mencatatkan beberapa keputusan memberangsangkan termasuk ketika menenwaskan Jerman dan Turkeye pada perlawan persahabatan bulan lalu.

Moriyasu telah menamakan 23 pemain bagi perlawanan persahabatan menetang Thailand di Tokyo dengan 15 daripadanya merupakan pemain yang bermain di Eropah, namun kehilangan beberapa tonggak seperti Wataru Endo dan Kaouru Mitoma.

Jurulatih berkenaan dijangka mendapatkan kembali para pemain utama pasukan apabila dia bakal menamakan skuad ke Piala Asia pada Januari nanti.

Moriyasu pada masa sama menuntut agar para pemainnya itu bersedia dengan segala cabaran mendatang.

"Kami mahukan kesempurnaan pada perlawan pertama nanti.

"Di samping itu,pasukan harus bersiap-sedia berdepan perkara seperti kecederaan.

"Sudah tentu persediaan fizikal dan taktikal memainkan peranan, tetapi paling utama adalah persediaan mental para pemain sebelum kejohanan bermula", kata Moriyasu.

Sementara itu, pada perlawanan persahabatan menentang Thailand nanti, Moriyasu tidak memanggil pemain yang berpengkalan di Britain, Itali dan Sepanyol, sebaliknya menamakan pemain yang beraksi di Liga Perancis, Jerman dan Belanda.

Antara pemain yang disenaraikan termasuk perancang Monaco, Takumi Mianmino, Pertahanan kental Borussia Monchengladbach, Kou Itakura dan penyerang Feyenoord, Ayase Ueda.

"Ini adalah peluang terbaik bagi membentuk keserasian pemain menjelang Piala Asia dan kelayakan Piala Dunia", kata Moriyasu.

Untuk rekod, Kali terakhir Jepun melayakkan diri pada final Piala Asia adalah pada 2019, apabila mereka tumpas 3-1 di tangan Qatar.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD