fb fb fb fb fb

Piala Asia B-23 :Skuad Harimau Muda sedia pamer taring

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Bawah 23, Juan Torres Garrido / Foto Facebook FAM

DOHA, 17 April - Skuad negara menerima hakikat tampil sebagai pasukan bukan pilihan di Qatar menjelang kejohanan bola sepak Piala Asia bawah 23 tahun 2024.

Menurut pengendalinya, Juan Torres Garrido memaklumkan status itu bukanlah satu masalah buat skuad negara.

Malah katanya, ia harus menjadi motivasi terbaik buat barisan pemain dalam memberikan cabaran dalam Kumpulan D.

"Para pemain mengetahui bahawa kejohanan ini adalah mencabar dan setiap pemain ingin bermain dalam kejohanan sama menenentang pasukan lawan.

"Ia adalah sesuatu yang mencabar dan memotivasikan semua orang. Kami sudah bersedia untuk perlawanan esok (Rabu)", kata Garrido pada sidang media di sini.

Skuad Bawah 23 negara akan membuka kempen di Qatar berdepan naib juara edisi lalu, Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Khalifa.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD