fb fb fb fb fb

Piala Asia B-23: Nafuzi senarai 23 pemain Harimau Malaya

Senarai akhir 23 pemain sukad Harimau Malaya B-23

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Ketua jurulatih Malaysia B-23, Nafuzi Zain mengumumkan senarai 23 pemain untuk aksi Kelayakan Piala Asia B-23 di Pathum Thani, Thailand bulan depan.

Perlawanan akan  berlangsung dari 1 hingga 9 September ini.

Tiga penjaga gol yang disenaraikan ialah Haziq Aiman, Syahmi Adib dan Zulhilmi Sharani.

Barisan pertahanan menampilkan Aiman Yusuf, Akmal Hakim, Alif Ahmad, Aysar Hadi, Faris Danish, Moses Raj, Shafizan Arshad dan Ubaidullah Shamsul.

Sementara itu, di bahagian tengah Nafuzi mempertaruhkan Aiman Danish, Danish Hakimi, Haiqal Haqeemi, Haykal Danish, Haziq Kutty, Muhammad Abu Khalil, Shukor Fariz dan Ziad El Basheer.

Empat penyerang disenaraikan ialah Aliff Izwan, Fergus Tierney, Haqimi Azim dan Nabil Qayyum yang bakal menjadi taruhan memburu jaringan.

Malaysia bakal memulakan kempen Kelayakan Piala Asia B-23 dengan bertemu Lubnan pada 3 September ini diikuti aksi bertemu Mongolia pada 6 September depan dan pasukan tuan rumah iaitu Thailand pada Selasa, 9 September ini.

GRACE AISYAH KEDAYAN