fb fb fb fb fb

Piala ASEAN 2024: Skuad Harimau Muda tamatkan cabaran di tangga keempat

Foto Facebook FAM

SURABAYA, 30 Julai-Skuad bola sepak Bawah-19 tahun negara menamatkan saingan kejuaraan ditempat keempat selepas tumpas kepada Australia menerusi sepakan penalti 5-3 pada saingan Piala ASEAN 2024.

Pada saingan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo, itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa sebenar perlawanan.

Australia membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Marcus Younis, kedudukan 0-1 kekal sehingga tamat babak pertama.

Skuad negara bangkit dan gol sendiri Jake Najvoski pada minit ke-73 membolehkan Malaysia mengikat kedudukan kepada 1-1.

Bagaimanapun, sepakan penentuan penalti tidak berpihak kepada Malaysia apabila mereka tewas 5-3 sekali gus menyaksikan Australia merangkul tempat ketiga pada edisi kali ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD