fb fb fb fb fb

Sungai Seine tercemar, acara triatlon ditangguh ke hari esok

FOTO REUTERS

PARIS, 30 Julai- Acara triatlon lelaki Olimpik pada Selasa terpaksa ditangguhkan sehari kerana pencemaran di Sungai Seine.

Perkara itu disahkan World Triathlon dan jawatankuasa penganjur Sukan Paris beberapa jam sebelum perlumbaan dijadualkan bermula.

Hujan lebat yang berlaku di ibu negara Perancis pada Jumaat dan Sabtu telah memburukkan lagi pencemaran di sungai berkenaan.

Ia menjadikan Sungai Seine kotor dan tidak selamat, menurut satu kenyataan oleh World Triathlon.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE