KUALA LUMPUR, 4 Oktober - Terengganu mencatat kemenangan tipis 35-31 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi terakhir Kumpulan B kejohanan ragbi Piala Agong di Padang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sungai Besi di sini.
Pertembungan sengit itu menyaksikan kebangkitan skuad Terengganu yang dibarisi para pemain muda selepas tewas kepada Johor minggu lalu.
Pada perlawanan menentang ATM, kedua-dua pasukan saling berbalas mata, namun kelebihan taktikal dan disiplin permainan memihak kepada Terengganu yang berjaya mengawal tekanan pada detik-detik akhir perlawanan.
Kemenangan itu membolehkan Terengganu yang berada di tempat kedua Kumpulan B melangkah ke suku akhir, sekali gus terus mengintai peluang untuk menjulang kejuaraan Piala Agong musim ini.
